Friday, January 8, 2010

Tahukah Anda?


"Risiko menghadapi kanser di kalangan orang yang
meminum air berklorin adalah 93% lebih tinggi
daripada mereka yang meminum air yang tidak mengandungi klorin"

(U.S Council of Enviroment Quality)

Berikut merupakan fakta yang anda perlu tahu berkaitan air

FAKTA 1 (Pencemaran Air)

Pencemaran air telah menyebabkan kualiti air sangat teruk. Bahan kimia industri, bahan organik dan bukan organik, bakteria dan virus telah bercampur dalam air.

FAKTA 2 (Loji Rawatan Air)

Tidak ada air yang baru. Air yang dibekalkan ke paip rumah merupakan air yang telah mengalami proses kitar semula dan diproses oleh pusat rawatan air.

FAKTA 3 (Klorin Dalam Air)

Pusat rawatan air menggunakan klorin untuk membunuh bakteria dan mikro organisma dalam air dan membekal air ke paip rumah.


FAKTA 4 (Kesan Air Paip)

Walaupun air paip nampak bersih, namun masih terdapat bakteria dan virus yang tidak dapat dibunuh hanya menggunakan klorin dan tidak mampu menyingkirkan sisa racun, bahan kimia dan toksin.

Klorin + Bahan Kimia + Toksin = Trihalomethanes (THM),
penyebab kanser dan jantung serta berbahaya kepada
tubuh dalam jangka panjang.

FAKTA 5 (Asid Dalam Tubuh)

Keadaan usus dan organ manusia dicemari oleh timbunan racun (toksin) selama bertahun-tahun. Semakin berwarna hitam semakin banyak timbunan racunnya.

Keadaan berasid adalah kesan semulajadi metabolisma dalam sel tubuh akibat persekitaran, air, pemakanan dan tekanan (stress). Untuk menyingkirkan asid dari tubuh adalah perlu untuk meningkatkan tahap alkali dalam badan.


p/s: Salah satu penyebab penyakit kronik juga merupakan daripada faktor air yang diminum pada setiap hari.



No comments:

Post a Comment